Sunday 17 May 2015

Selamat Hari Guru@Ustazah

Assalamualaikum wbt..Selamat Hari Guru buat Ustazah Yatimah. Beliau mengajar muslimah tajwid Dan quran.

Kami beramai-ramai bergambar dgn ustazah dan memberi Hadiah kepada ustazah.

Kami bawa potluck seorang dan menjamu selera Bersama ustazah.

Sunday 26 April 2015

Health Concern

Assalamualaikum wbt..dapat info dari rakan yang klinik kerajaan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Saya pun dah lama tidak pergi buat pemeriksaan kesihatan. Jadi peluang ne saya ambil untuk periksa kesihatan diri.
Meja no 1 adalah kaunter pendaftaran. Jadi kena pegi kaunter pendaftaran untuk isi borang tentang diri peserta. Selepas selesai pendaftaran saya dijemput untuk mendengar penerangan mengenai penyakit diabetes.

Saya datang bersama dengan jiran sebelah rumah. Yang dalam gambar di atas ne adalah doktor yang bagi keterangan mengenai kencing manis. Panjang lebar doktor tu bagi keterangan. Saya sempat juga bertanya beberapa soalan dengan doktor ne. Saya tanya apakah punca penyakit ini. Banyak punca terjadi kencing manis ini. Antaranya adalah gaya hidup kita yang mewah dengan makanan.

Saturday 18 April 2015

BBQ party with neighbour

Assalamualaikum wbt..sudah agak lama kami tak berhimpun mcm ne. Seronok jugak dpt berkumpul dgn jiran-jiran Bila dah berkumpul gamat jadinya. Walaupun rumah dekat-dekat tapi tak sempat beramah mesra.
Tengoklah mak-mak orang sume dapat posing Lupa pasal bbq..nasib baiklah ada hero yg Datang tolong bakar ayam dan ikan kat luar.
Ini lah hero-hero dan org kuat taman yg sibuk membakar ayam dah ikan. Tima kasihlah kat our hero. Heroin sume sebuk nak berposing dan wilfie.

Sunday 12 April 2015

Cute Rabbit

Assalamualaikum wbt..kisah seekor arnab. Arnab ne sesat sehingga ke rumah saya. Tidak tahu tuannya siapa. Tapi yang peliknya arnab ne akan datang dan tidur dikawasan rumah saya pada waktu malam dan pada siang hari ia akan keluar bersiar-siar agaknya. Begitulah yg saya perhatikan selama 3 hari ini.

Cendol Bandar Bukit Raja

Assalamualaikum wbt..pulang dari kenduri di Meru singgah beli cendul.Mmg sedap cendul ne santanny yang sgt lemak manis memikat tekak yg kering disebabkan bahang panas.

Saturday 11 April 2015

Small Garden - Mangga King Tree

Assalamualaikum wbt..setelah 3 tahun membesar akhirnya bakal menghasilkan buah sulong. Insyaallah dapat lah rasa buah sulong jika ada rezeki. Buah Mangga King ne besar saiznya jika menjadi. Tak sabar nak tengok buahnya nanti.

Small garden - Grapes plant

Assalamualaikum wbt..sambil breakfast menikmati pemandangan pokok anggur. Nak menikmati buah belum lagi berbuah. Takat pandang daun ajelah dulu. Kena jaga jugak pokok ne takut menjalar ke rumah jiran sebelah Pulak nanti. Tak sabar nak tunggu buah anggurnya.