Sunday 26 April 2015

Health Concern

Assalamualaikum wbt..dapat info dari rakan yang klinik kerajaan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Saya pun dah lama tidak pergi buat pemeriksaan kesihatan. Jadi peluang ne saya ambil untuk periksa kesihatan diri.
Meja no 1 adalah kaunter pendaftaran. Jadi kena pegi kaunter pendaftaran untuk isi borang tentang diri peserta. Selepas selesai pendaftaran saya dijemput untuk mendengar penerangan mengenai penyakit diabetes.

Saya datang bersama dengan jiran sebelah rumah. Yang dalam gambar di atas ne adalah doktor yang bagi keterangan mengenai kencing manis. Panjang lebar doktor tu bagi keterangan. Saya sempat juga bertanya beberapa soalan dengan doktor ne. Saya tanya apakah punca penyakit ini. Banyak punca terjadi kencing manis ini. Antaranya adalah gaya hidup kita yang mewah dengan makanan.

Saturday 18 April 2015

BBQ party with neighbour

Assalamualaikum wbt..sudah agak lama kami tak berhimpun mcm ne. Seronok jugak dpt berkumpul dgn jiran-jiran Bila dah berkumpul gamat jadinya. Walaupun rumah dekat-dekat tapi tak sempat beramah mesra.
Tengoklah mak-mak orang sume dapat posing Lupa pasal bbq..nasib baiklah ada hero yg Datang tolong bakar ayam dan ikan kat luar.
Ini lah hero-hero dan org kuat taman yg sibuk membakar ayam dah ikan. Tima kasihlah kat our hero. Heroin sume sebuk nak berposing dan wilfie.

Sunday 12 April 2015

Cute Rabbit

Assalamualaikum wbt..kisah seekor arnab. Arnab ne sesat sehingga ke rumah saya. Tidak tahu tuannya siapa. Tapi yang peliknya arnab ne akan datang dan tidur dikawasan rumah saya pada waktu malam dan pada siang hari ia akan keluar bersiar-siar agaknya. Begitulah yg saya perhatikan selama 3 hari ini.

Cendol Bandar Bukit Raja

Assalamualaikum wbt..pulang dari kenduri di Meru singgah beli cendul.Mmg sedap cendul ne santanny yang sgt lemak manis memikat tekak yg kering disebabkan bahang panas.

Saturday 11 April 2015

Small Garden - Mangga King Tree

Assalamualaikum wbt..setelah 3 tahun membesar akhirnya bakal menghasilkan buah sulong. Insyaallah dapat lah rasa buah sulong jika ada rezeki. Buah Mangga King ne besar saiznya jika menjadi. Tak sabar nak tengok buahnya nanti.

Small garden - Grapes plant

Assalamualaikum wbt..sambil breakfast menikmati pemandangan pokok anggur. Nak menikmati buah belum lagi berbuah. Takat pandang daun ajelah dulu. Kena jaga jugak pokok ne takut menjalar ke rumah jiran sebelah Pulak nanti. Tak sabar nak tunggu buah anggurnya.

Simple Breakfast

Assalamualaikum wbt..hari ne slps senamrobik Buat breakfast cepat dan simple. Cucur tepung campur kelapa saya campurkan roti gardenia 4 keping sbb tepung gandum tak cukup. Sambal pulak panas kan tapau dari surau tahlil semalam. Breakfast simple sbb nanti nak makan Nasi minyak pengantin di Meru.

Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum wbt..rasanya baru kali kedua Saya buat kek ini. Alhamdulillah menjadi jugak Kek ini. Kek ne akan ku bawa ke majlis tahlil Di surau malam ne.

Tuesday 7 April 2015

Simple dinner - Singgang Fish with Budu


Assalamualaikum wbt..Hari ne pulang dari kerja saya singgah di pasar malam seksyen 17 Shah Alam. Hasil tangkapan di Pasar hanyalah ikan kembung sahaja. Sampai sahaja di rumah terus masak ikan singgang. Dah lama jugak tak makan dgn budu. Masakan begini sangat senang dan cepat Jam 7:30 malam kami selesai sudah makan Malam. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah beri.

Monday 6 April 2015

Arts


Assalamualaikum wbt..sudah berpuluh tahun saya tidak melukis. Pada malam ini atas permintaan anak ku gagahkan melukis. Inilah lukisan ku yg pertama selepas 30thn saya tidak melukis. Ku kira tidak menghampakan anak ku kerana dia berpuas hati dpt tunaikan permintaannya. Erm..bila lagi agaknya aku akan melukis.

Kursus Jenazah Lelaki


Assalamualaikum wbt..Hari Ahad smlm giliran muslimin pula menghadiri kursus jenazah. Ramai jugak yg hadir kursus hari ini. Mereka sempat belajar sehingga solat jenazah. Gambar ini adalah sumbangan dari ajk surau.

Saturday 4 April 2015

Lets Taichi

Assalamualaikum wbt..Syukur Alhamdulillah Allah masih beri nafas untuk hari ini. Sebaik-baik pencipta makhluk di dunia ini Allah swt. Jadi marilah kita menjaga ciptaNya. Kita pelihara jasad yg Allah pinjamkan ini. Selepas senamrobik sambung pulak senaman Taichi. Insyaallah apa yg baik kita cuba ikut. Dengan senaman Taichi dan dgn izin Allah dapat kita memperbaiki dalam bdn kita dgn bernafas dgn betul. Auntie Tan ne setiap pagi secara sukarela Menjadi pelopor Taichi di Taman ini. Umurnya sudah menjangkau 59thn tapi masih gagah lagi menjadi ketua senaman ini. Beliau berkongsi jugak dgn senaman Taichi ini dapat jugak mengatasi masalah asthma.

Friday 3 April 2015

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita


Assalamualaikum..Alhamdulillah dapat lagi saya menyertai kursus menguruskan jenazah. Tapi kali ini khas untuk jenazah wanita. Kursus ne diadakan di surau Ar Raudah berhampiran dengan rumah saya.

Alhamdulillah ramai jugak yang dapat hadir kali ini. Ustazah yang diundang jugak mempunyai banyak pengalaman memandikan jenazah. Banyak tips yang diberi dalam menguruskan jenazah.

Sempat jugak bergambar dengan model jenazah. Semoga majlis ilmu ini diberkati Allah swt.