Assalamualaikum wbt..Selamat Hari Guru buat
Ustazah Yatimah. Beliau mengajar muslimah tajwid
Dan quran.
Kami beramai-ramai bergambar dgn ustazah dan memberi
Hadiah kepada ustazah.
Kami bawa potluck seorang dan menjamu selera
Bersama ustazah.
Sunday, 17 May 2015
Sunday, 26 April 2015
Health Concern
Assalamualaikum wbt..dapat info dari rakan yang klinik kerajaan mengadakan
pemeriksaan kesihatan secara percuma. Saya pun dah lama tidak pergi
buat pemeriksaan kesihatan. Jadi peluang ne saya ambil untuk periksa
kesihatan diri.
Meja no 1 adalah kaunter pendaftaran. Jadi kena pegi kaunter pendaftaran untuk isi borang tentang diri peserta. Selepas selesai pendaftaran saya dijemput untuk mendengar penerangan mengenai penyakit diabetes.
Saya datang bersama dengan jiran sebelah rumah. Yang dalam gambar di atas ne adalah doktor yang bagi keterangan mengenai kencing manis. Panjang lebar doktor tu bagi keterangan. Saya sempat juga bertanya beberapa soalan dengan doktor ne. Saya tanya apakah punca penyakit ini. Banyak punca terjadi kencing manis ini. Antaranya adalah gaya hidup kita yang mewah dengan makanan.
Meja no 1 adalah kaunter pendaftaran. Jadi kena pegi kaunter pendaftaran untuk isi borang tentang diri peserta. Selepas selesai pendaftaran saya dijemput untuk mendengar penerangan mengenai penyakit diabetes.
Saya datang bersama dengan jiran sebelah rumah. Yang dalam gambar di atas ne adalah doktor yang bagi keterangan mengenai kencing manis. Panjang lebar doktor tu bagi keterangan. Saya sempat juga bertanya beberapa soalan dengan doktor ne. Saya tanya apakah punca penyakit ini. Banyak punca terjadi kencing manis ini. Antaranya adalah gaya hidup kita yang mewah dengan makanan.
Saturday, 18 April 2015
BBQ party with neighbour
Assalamualaikum wbt..sudah agak lama kami tak berhimpun mcm ne.
Seronok jugak dpt berkumpul dgn jiran-jiran
Bila dah berkumpul gamat jadinya. Walaupun
rumah dekat-dekat tapi tak sempat beramah mesra.
Tengoklah mak-mak orang sume dapat posing Lupa pasal bbq..nasib baiklah ada hero yg Datang tolong bakar ayam dan ikan kat luar.
Ini lah hero-hero dan org kuat taman yg sibuk membakar ayam dah ikan. Tima kasihlah kat our hero. Heroin sume sebuk nak berposing dan wilfie.
Tengoklah mak-mak orang sume dapat posing Lupa pasal bbq..nasib baiklah ada hero yg Datang tolong bakar ayam dan ikan kat luar.
Ini lah hero-hero dan org kuat taman yg sibuk membakar ayam dah ikan. Tima kasihlah kat our hero. Heroin sume sebuk nak berposing dan wilfie.
Sunday, 12 April 2015
Cute Rabbit
Assalamualaikum wbt..kisah seekor arnab.
Arnab ne sesat sehingga ke rumah saya.
Tidak tahu tuannya siapa.
Tapi yang peliknya arnab ne akan datang
dan tidur dikawasan rumah saya pada waktu malam
dan pada siang hari ia akan keluar bersiar-siar
agaknya. Begitulah yg saya perhatikan selama
3 hari ini.
Cendol Bandar Bukit Raja
Saturday, 11 April 2015
Small Garden - Mangga King Tree
Assalamualaikum wbt..setelah 3 tahun membesar akhirnya bakal menghasilkan
buah sulong. Insyaallah dapat lah rasa buah sulong jika ada rezeki.
Buah Mangga King ne besar saiznya jika menjadi.
Tak sabar nak tengok buahnya nanti.
Small garden - Grapes plant
Simple Breakfast
Kek Gula Hangus Kukus
Assalamualaikum wbt..rasanya baru kali kedua
Saya buat kek ini. Alhamdulillah menjadi jugak
Kek ini. Kek ne akan ku bawa ke majlis tahlil
Di surau malam ne.
Tuesday, 7 April 2015
Simple dinner - Singgang Fish with Budu
Assalamualaikum wbt..Hari ne pulang dari kerja saya singgah di pasar malam seksyen 17 Shah Alam. Hasil tangkapan di Pasar hanyalah ikan kembung sahaja. Sampai sahaja di rumah terus masak ikan singgang. Dah lama jugak tak makan dgn budu. Masakan begini sangat senang dan cepat Jam 7:30 malam kami selesai sudah makan Malam. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah beri.
Monday, 6 April 2015
Arts
Assalamualaikum wbt..sudah berpuluh tahun saya tidak melukis. Pada malam ini atas permintaan anak ku gagahkan melukis. Inilah lukisan ku yg pertama selepas 30thn saya tidak melukis. Ku kira tidak menghampakan anak ku kerana dia berpuas hati dpt tunaikan permintaannya. Erm..bila lagi agaknya aku akan melukis.
Kursus Jenazah Lelaki
Assalamualaikum wbt..Hari Ahad smlm giliran muslimin pula menghadiri kursus jenazah. Ramai jugak yg hadir kursus hari ini. Mereka sempat belajar sehingga solat jenazah. Gambar ini adalah sumbangan dari ajk surau.
Saturday, 4 April 2015
Lets Taichi
Assalamualaikum wbt..Syukur Alhamdulillah Allah masih beri nafas untuk hari ini.
Sebaik-baik pencipta makhluk di dunia ini Allah swt.
Jadi marilah kita menjaga ciptaNya. Kita pelihara jasad yg
Allah pinjamkan ini.
Selepas senamrobik sambung pulak senaman Taichi.
Insyaallah apa yg baik kita cuba ikut.
Dengan senaman Taichi dan dgn izin Allah
dapat kita memperbaiki dalam bdn kita dgn
bernafas dgn betul.
Auntie Tan ne setiap pagi secara sukarela
Menjadi pelopor Taichi di Taman ini.
Umurnya sudah menjangkau 59thn tapi masih
gagah lagi menjadi ketua senaman ini.
Beliau berkongsi jugak dgn senaman Taichi
ini dapat jugak mengatasi masalah asthma.
Friday, 3 April 2015
Kursus Pengurusan Jenazah Wanita
Assalamualaikum..Alhamdulillah dapat lagi saya menyertai kursus menguruskan jenazah. Tapi kali ini khas untuk jenazah wanita. Kursus ne diadakan di surau Ar Raudah berhampiran dengan rumah saya.
Alhamdulillah ramai jugak yang dapat hadir kali ini. Ustazah yang diundang jugak mempunyai banyak pengalaman memandikan jenazah. Banyak tips yang diberi dalam menguruskan jenazah.
Sempat jugak bergambar dengan model jenazah. Semoga majlis ilmu ini diberkati Allah swt.
Sunday, 29 March 2015
Sunday Breakfast
Assalamualaikum..sesakali breakfast jauh sikit sampai Shah Alam. Walau pun di Shah Alam byk restoran makan tapi saya dan suami tetap pilih tempat ni untuk sarapan. Pepagi dah sarapan nasi.. Nasi berlauk org kelantan panggil. Makan kat sini bukan sahaja sedap malah murah jugak.Nasi berlauk dan nasi kerabu yg fames kat seksyen 19 Shah Alam.
Saturday, 28 March 2015
Colouring contest - Tesco Setia Alam
Assalamualaikum..semalam berjln di Tesco terserempak
dengan poster pertandingan mewarna.
Kebetulan pulak kena pada waktunya
kul 2 ptg terus sahaja daftarkan nama anak.
Jika menang bole dapat voucher tesco cuba nasiblah.
Tapi pensil kaler tak bawak la pulak tgok anak cina tu siap
Bawak meja kecik lagi dah bersedia nak mewarna.
Aku pun bergegaslah pegi beli kaler pensil
di kedai DIY di tingkat satu.
Anak ku yg berumur 9thn ne mula mewarna dgn penuh semangat
Walaupun ku rasa mcm aku pulak yg lebih bersemangat.
Jika tengok anak bangsa cina tu mewarna mmg la
tersangat cantik dan kreatif.
Jika diperhatikan mereka mempunyai semangat bertanding
Bagus untuk membina semangat neh.
Pukul 4 ptg pemenang pun diumumkan.
Anak ku tak menang satu hadiah pun
tapi tak mengapa yang penting semangat
untuk menyiapkan mewarna itu ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)