Sunday, 29 March 2015
Sunday Breakfast
Assalamualaikum..sesakali breakfast jauh sikit sampai Shah Alam. Walau pun di Shah Alam byk restoran makan tapi saya dan suami tetap pilih tempat ni untuk sarapan. Pepagi dah sarapan nasi.. Nasi berlauk org kelantan panggil. Makan kat sini bukan sahaja sedap malah murah jugak.Nasi berlauk dan nasi kerabu yg fames kat seksyen 19 Shah Alam.
Saturday, 28 March 2015
Colouring contest - Tesco Setia Alam
Assalamualaikum..semalam berjln di Tesco terserempak
dengan poster pertandingan mewarna.
Kebetulan pulak kena pada waktunya
kul 2 ptg terus sahaja daftarkan nama anak.
Jika menang bole dapat voucher tesco cuba nasiblah.
Tapi pensil kaler tak bawak la pulak tgok anak cina tu siap
Bawak meja kecik lagi dah bersedia nak mewarna.
Aku pun bergegaslah pegi beli kaler pensil
di kedai DIY di tingkat satu.
Anak ku yg berumur 9thn ne mula mewarna dgn penuh semangat
Walaupun ku rasa mcm aku pulak yg lebih bersemangat.
Jika tengok anak bangsa cina tu mewarna mmg la
tersangat cantik dan kreatif.
Jika diperhatikan mereka mempunyai semangat bertanding
Bagus untuk membina semangat neh.
Pukul 4 ptg pemenang pun diumumkan.
Anak ku tak menang satu hadiah pun
tapi tak mengapa yang penting semangat
untuk menyiapkan mewarna itu ada.
Beautiful Morning Scenery
Assalamualaikum..pagi sabtu ne pemandangan di tasik sungguh indahnya. Buatkan ku lagi bersemangat untuk memulakan senamrobik di sini. Hari ne aku terawal sangat sehingga sempat melihat mentari muncul. Semoga Allah memberi kesihatan yg berterusan untuk diriku...Aamiin.
Wednesday, 25 March 2015
Outdoor fitness
Assalamualaikum...Setiap pagi dan petang ada senamrobik di tasek jika sempat saya akan join bila pulang dari kerja. ygy Seronok dapat hilangkan stress slps bekerja dan dapat berpeluh tu yg penting. Hari2 bekerja duduk dlm aircon aje. Atleast bersenam dan berpeluh dapat jugak buang toksin dlm badan yg dah berlemak neh. Tgok tu bersenam pun jauh jauh aje..hehe malu lah klu pancit lak nanti hehe..Tabik springlah kat uncle veteren tu steady aje Walaupun veteren.
Saturday, 21 March 2015
Small garden deco
Assalamualaikum..pokok bunga kertasku berbunga lebat pada musim cuaca yang panas ne. Saya cuba untuk menghiaskan pokok bunga kertas ne agar nampak lagi menarik. Tetiba lak dapat idea ne. Ku kongsikan dalm blog ne sbg tatapan mata semua.
Friday, 6 March 2015
Crochet patern
Yassin Group
Assalamualaikum....akhirnya tertubuh jugak kunpulan yassin untuk taman kami. Dgn adanya kumpulan yassin ini dapatlah mengeratkan lagi talian ukhwah sesama jiran. Mungkin selepas ini akan dapat menubuhkan kumpulan marhaban pulak..Insyaallah.
Thursday, 5 March 2015
Small Garden
Assalamualaikum..ini adalah hobi saya di waktu lapang pada hari minggu. Agak mencabar juga untuk menjaga pokok-pokok ini sebab cuaca yang amat panas pada bulan ini. Untuk mengelakkan pokok ini layu dan kering saya terpaksa menyiramnya hari-hari. Tapi kadang-kadang skip jugak siram sebab kesibukan bekerja dan menguruskan kerja rumah jugak.
Subscribe to:
Posts (Atom)